ISU MENGHINA NABI -PUTAR BELIT PASAL?
"Siapa tahu janggut nabi macam mana?
Siapa pernah tengok janggut Nabi? Ada gambar? Kita tak tau. Ada pula yang kata
janggut mesti sampai ke pusat. Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam.
Kerana kita berjanggut, maka kita Islam. Kononnya sunnah Nabi. Kita tidak tau.
Kita tidak tau sebenarnya. Betul la Nabi ada janggut, tapi kita tidak tau macam
mana janggut Nabi. Zaman itu nak cukur janggut mudah ke? Dia bukan ada Gillette.
Zaman Nabi ada Gillette ke? Tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi
masalahlah nak cukur. Lepas tu dia dok berjalan ke sana sini naik unta. Bukan
mudah nak dapat air banyak di padang pasir."
Mahathir Mohamad
Assalamualaikum,
Apa putar belit pulak?
Bukankah ini namanya menghina sunnah Nabi s.a.w. dan memandai-mandai bagi alasan
dan sebab Nabi s.a.w. tak potong janggut berdasarkan faktor zaman dan geografi
(konon) tak ada pisau cukur dan faktor padang pasir yg tak ada air, sedangkan Nabi
s.a.w. tidak ucapkan atau lakukan sesuatu melainkan dgn arahan Allah s.w.t. dan
hidayah-Nya (Surah al-Najmi:3, 4), bukan kerana tak ada pisau cukur atau kerana
susah nak dapatkan air untuk bersihkan cukuran! Wahyu Allah s.w.t. lah yg
menyuruh Nabi s.a.w. simpan janggut dan potong misai secara kemas, iaitu wahyu
hadis sahih yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yg bermaksud,
"Peliharalah janggut dan potonglah
misai".
Tapi puak sekular beriman ke tidak dgn hadis
sahih yg tertinggi ini? Lihat semula bentuk penghinaan sunnah nabi s.a.w. di bawah
ini, putar belit apa pulak? Sehingga Wan Zahidi Wan Teh (ulama Umno dalam YADIM)
sendiri mengaku yang PM tersasul, tapi dia nak pertahankan jugak yg tersasul tu,
sepatutnya minta maaf dan tarik balik.
Memang dia (PM) bercakap dalam
konteks pakaian tak menjamin kesempurnaan iman atau Islam seseorang, tapi sebagai
seorang yang mengaku Islam, sewajibnya dia mengagongkan sunnah Nabi s.aw. kalaupun
dia tak mahu amal. Tak amal lain, menghina lain kes pulak! Ini dah jadi
'blasphemy' (menghina agama dan perkara2 suci agama), boleh diambil tindakan di
bawah Kanun Kesiksaan (seksyen 298) yang boleh dihukum penjara setahun atau denda
atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sekian wassalam
Ustaz Ali Muda
Nota webmaster: Semoga
ini menjawab email puak-puak UMNO yang berkunjung ke laman ini berkenaan isu di
atas. Saya merakamkan kemaafan kerana tidak menyiarkan emailnya yang panjang dan
pembelaan yang bukan-bukan.
|